5 Prompt Copywriting AI Yang Boleh Boostkan Jualan Anda

Saya pernah tulis 3 jenis iklan untuk produk yang sama.

Satu saya tulis sendiri dari zero.
Satu lagi saya guna template biasa.
Dan satu lagi — saya guna AI dengan prompt yang betul.

Hasilnya?

➡️ Iklan AI yang menang.
Lebih klik. Lebih mesej. Lebih closing.

Ramai orang guna AI, tapi tak semua tahu cara tanya dengan betul.
Sebab tu dalam artikel kali ni, saya nak kongsi 5 prompt copywriting AI yang anda boleh terus salin, ubah ikut produk… dan mula boost jualan hari ni juga.

1. Prompt Headline Yang Pikat Perhatian

Tujuan: Dapatkan idea tajuk iklan atau headline landing page yang “berhenti scroll”.

Prompt:

“Tolong hasilkan 10 tajuk iklan menarik untuk produk [nama produk] yang membantu [masalah utama pelanggan], dalam nada yang meyakinkan dan sesuai untuk audiens di Malaysia.”

Contoh:

“Tolong hasilkan 10 headline iklan untuk produk minyak angin herba yang bantu hilangkan sakit pinggang, sesuai untuk golongan 35 tahun ke atas.”

2. Prompt Ayat Softsell Untuk Social Media

Tujuan: Tulis ayat storytelling atau softsell yang membina trust.

Prompt:

“Tulis satu ayat softsell berbentuk storytelling yang menyentuh emosi, tentang seseorang yang alami [masalah pelanggan] dan jumpa penyelesaian dengan produk [nama produk]. Gaya santai, mesra dan relatable.”

Contoh:

“Tulis cerita tentang seorang ibu yang selalu penat urus rumah, anak, dan kerja, tapi mula rasa bertenaga selepas amal minuman kesihatan X.”

3. Prompt Untuk Buat CTA Yang Kuat

Tujuan: Tutup jualan dengan ayat tindakan yang meyakinkan.

Prompt:

“Hasilkan 5 ayat call-to-action untuk iklan [jenis produk/servis] yang fokus pada urgency, limited time offer, dan ajak pelanggan beli sekarang.”

Contoh:

“Hasilkan 5 CTA untuk servis facial treatment khas wanita bekerjaya, dengan promosi hanya untuk 3 hari.”

4. Prompt Untuk Tulis Copy WhatsApp Follow-Up

Tujuan: Hubungi semula pelanggan yang belum buat bayaran atau masih senyap.

Prompt:

“Tulis ayat follow-up WhatsApp yang sopan, meyakinkan dan tidak memaksa, untuk pelanggan yang pernah berminat dengan [nama produk], tapi belum buat bayaran.”

Contoh:

“Tulis mesej follow-up untuk pelanggan yang pernah berminat nak daftar kelas bola anak mereka di Ortan FC, tapi belum respon semula.”

5. Prompt Untuk Buat Ayat Jualan Guna AIDA

Tujuan: Guna struktur klasik copywriting untuk iklan FB/IG.

Prompt:

“Tulis ayat iklan untuk produk [nama produk] menggunakan formula AIDA (Attention, Interest, Desire, Action). Gaya ayat ringkas, sesuai untuk iklan Facebook.”

Contoh:

“Tulis ayat iklan untuk serum muka anti-jerawat menggunakan AIDA, untuk target market wanita muda umur 18–30 tahun.”

Prompt Yang Betul = Jualan Yang Lebih Kencang

Saya selalu pesan pada klien dan team:

“AI bukan tukang sihir. Tapi kalau kita tanya dengan cara yang betul, dia boleh bantu kita hasilkan copy yang convert.”

Jangan takut guna AI. Tapi belajarlah cara berkomunikasi dengan bijak.

Tulis prompt yang jelas
Nyatakan siapa target audience
Sebut masalah & impian pelanggan
Minta gaya bahasa yang sesuai

InsyaAllah, anda akan dapat copywriting yang bukan sahaja menjual, tapi menyentuh hati.

Ikhlas,
Raja Safuan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

gamdomCasibomJojobet Girişmarsbahis girişGrandpashabet Giriş