8 Perkara Yang Wajib Ada Dalam Ayat Jualan Website

Pembinaan ayat jualan website atau surat jualan seumpama membina sebuah bangunan.

Untuk membina bangunan terdapat unsur-unsur asas yang perlu disediakan seperti pasir, batu, simen, air, kapur, besi dan sebagainya.

Begitu juga jika kita ingin membuat sebuah kek dimana antara ramuan asasnya adalah tepung, air, gula, majerin dan sebagainya.

Bagi menghasilkan surat jualan juga memerlukan resepi atau bahan-bahan asas yang perlu ada. Jika terkurang satu bahan ini maka seumpama membuat kek tanpa gula atau membancuh simen tanpa pasir.

Terdapat 8 perkara atau bahan asas dalam membina surat jualan.

Bahan-bahannya adalah :

1. Headline
Headline atau tajuk utama ini amat penting kerana di sinilah prospek atau pembaca sasaran akan dapat kita tarik perhatian mereka. 80% dari kejayaan kita menyampaikan mesej berjaya kita lakukan jika prospek tertarik perhatian mereka.

2. Intro
Intro atau pengenalan juga amat penting. Perkataan serta ayat pertama yang digunakan juga amat kritikal bagi menjana emosi prospek untuk minat membaca. Pada bahagian ini jugalah kita akan perkenalkan produk kita.

3. Kandungan
Kandungan bermaksud apa sebenarnya yang terkandung di dalam produk yang kita jual itu. Apa yang prospek atau pembaca sasaran bakal terima. Apa yang pasti tekankan faedah atau manfaat yang produk tersebut boleh berikan kepada prospek.

4. Faedah
Nyatakan kepada prospek apakah fedah atau faedah-faedah yang bakal diterima. Faedah di sini bukanlah faedah produk tersebut kerana itu telah kita sampaikan semasa kita sampaikan kandungan produk. Fedah di sini adalah faedah yang bakal prospek terima jika ia dapatkan produk tersebut melalui kita.

5. Bukti Keberkesanan
Prospek hanya akan membeli jika mereka yakin dengan kita. Yakin dengan produk yang kita jual. Yakin dengan apa yang kita tawarkan dan keyakinan ini perlu bagi mereka agar mereka tidak tertipu dengan helah penjual. Untuk itu maka perlu ditunjukkan sesuatu sebagai bukti bahawa apa yang didakwa dalam surat jualan tersebut adalah benar dan cara paling mudah adalah pengakuan pihak ketiga atau TESTIMONI.

6. Tawaran
Tawaran haruslah menarik dan mampu menjana emosi HENDAK prospek terhadap produk kita. Tawaran ini termasuklah harga jualan yang kita tawarkan, diskaun jika ada, pemberian bonus jika ada dan sebagainya.

7. Jaminan
Walaupun prospek telah yakin dengan keberkesanan produk namun tindakan propek untuk membeli apa yang kita jual itu boleh dipercepatkan lagi dengan menyakinkan prospek bahawa ia tidak akan rugi apa-apa. Untuk itu jaminan harus diberikan dan jaminan yang tertinggi adalah jaminan tanpa risiko dan pengembalian wang.

8. Arahan bertindak
Bila prospek telah terjana emosi hendakkan produk yang kita jual itu maka kita usah biarkan begitu sahaja. Beri arahan kepada prospek agar ia bertindak membeli apa yang kita jual kepadanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *