Pernah tak anda tengok satu bisnes viral…
Tiba-tiba masuk TV, masuk surat khabar, orang beratur panjang.
Tapi lepas 6 bulan, hilang.
Sebab apa?
Viral tak sama dengan bertahan.
Popular tak sama dengan stabil.
Dalam dunia bisnes yang penuh kejutan naik harga, krisis ekonomi, pesaing baru, trend silih berganti, hanya satu jenis bisnes akan kekal:
Bisnes yang dibina untuk tahan gawat, bukan sekadar tahan trending.
Kalau anda nak bina bisnes yang hidup lama, bukan hidup-hidup ayam, ini 7 prinsip asas yang saya belajar sepanjang lebih 20 tahun dalam dunia pemasaran.
1. Jangan Jual Produk, Jual Solusi
Orang tak kisah sangat jenama anda. Mereka cuma nak penyelesaian.
❌ “Kami jual sabun kolagen.”
✅ “Kami bantu wanita rasa lebih yakin tanpa perlu risau bau badan.”
❌ “Kami buat servis iklan.”
✅ “Kami bantu bisnes dapat lebih ramai pelanggan tanpa buang duit pada iklan tak result.”
Bila anda solve masalah bukan sekadar jual produk, bisnes anda kekal relevan walaupun trend berubah.
2. Jangan Guna Influencer Saja, Bina Komuniti
Influencer boleh naikkan awareness. Tapi komuniti bina kepercayaan jangka panjang.
✅ Kumpul database
✅ Bina group WhatsApp atau Telegram
✅ Ajak pelanggan kongsi testimoni
✅ Reward pelanggan setia
Komuniti adalah ‘pagar hidup’ yang buat pelanggan kekal, walaupun pesaing turun harga.
3. Jangan Tayang Result, Tapi Buktikan Sistem
Ramai founder tunjuk screenshot sales. Tapi pelanggan hari ini lebih bijak. Mereka tanya:
“Lepas beli, ada sistem untuk bantu saya capai result macam ni ke?”
Bisnes yang tahan lama ada sistem. Bukan sekadar hype.
✅ Sistem onboarding
✅ Sistem follow-up
✅ Sistem support
4. Jangan Harap Satu Platform
Shopee boleh tutup akaun. TikTok boleh sekat reach. Facebook boleh kena banned.
Founder bijak akan:
✅ Ada website sendiri
✅ Simpan database pelanggan
✅ Guna pelbagai channel marketing
Jangan bina rumah atas tanah orang lain sahaja.
5. Jangan Hire Ramai Terus, Automasi Dulu
Kalau setiap kali sales naik, anda tambah staf, kos akan meletup bila sales turun.
Sebaliknya:
✅ Gunakan AI dan automation
✅ Sistemkan proses closing & onboarding
✅ Automasi follow-up dan reply
Bila sistem jalan sendiri, bisnes anda akan tetap survive walaupun staf berkurang.
6. Jangan Jual Ikut Musim, Tapi Bina Brand Sepanjang Tahun
Produk boleh tukar. Trend boleh mati.
Tapi bila orang ingat brand anda, anda tak perlu explain banyak kali.
✅ Bina mesej utama brand
✅ Kekal dengan tone, warna, dan value
✅ Jadikan content sebagai ‘suara’ brand anda
7. Jangan Berniaga Untuk Diri Sendiri Sahaja
Bisnes yang survive lama adalah bisnes yang bantu orang lain survive juga.
✅ Ajar orang jadi ejen atau affiliate
✅ Bantu staf naik taraf hidup
✅ Bagi manfaat yang berguna, bukan sekadar ‘jualan’
Bila orang rasa anda jaga mereka mereka akan jaga bisnes anda kembali.
Dalam Dunia Gawat, Strategi Adalah Pelampung Anda
Saya percaya…
“Founder yang tahan gawat bukan yang paling rajin — tapi yang paling strategik.”
Viral itu bonus.
Tapi sistem, database, komuniti dan brand — itulah yang buat bisnes anda kekal lama, walaupun ekonomi goncang.
Dapatkan Growth Hack Strategist Consultant & Digital Marketing Services di www.lejenisback.com