Memilih Konsultan Yang Betul Untuk Bisnes Anda

Saya pernah jumpa seorang usahawan produk dia bagus, team pun ada, tapi setiap bulan macam “cukup-cukup makan”.

Bila saya tanya, dia jawab:

“Saya dah ambil konsultan sebelum ni, tapi tak nampak hala tuju…”

Dan realitinya, ramai usahawan dah labur duit untuk dapatkan panduan, tapi hasilnya tidak sepadan.

Salah pilih konsultan boleh buang masa, buang duit, dan yang paling teruk hilangkan kepercayaan dalam diri sendiri.

Jadi dalam artikel ini, saya kongsikan bagaimana nak pilih konsultan yang betul, ikut keperluan dan fasa bisnes anda.

1. Pilih Berdasarkan Kepakaran, Bukan Populariti

Ada yang popular sebab follower ramai. Tapi belum tentu sesuai untuk bantu bisnes anda.

✅ Semak latar belakang & track record mereka
✅ Tanya: “Apa result sebenar yang mereka bantu client capai?”
✅ Pilih ikut keperluan marketing, sistem, branding, kewangan atau growth strategy

2. Pastikan Mereka Pernah Jalankan Bisnes Sendiri

Banyak teori boleh dibaca di buku.
Tapi praktikal hanya datang dari orang yang pernah ‘berdarah’ dalam bisnes.

✅ Tanya: “Pernah urus bisnes sendiri?”
✅ Lagi bagus kalau mereka pernah gagal dan bangkit — itu petanda mereka faham realiti.

3. Konsultan Yang Baik Mendengar, Bukan Hanya Mengarah

Konsultan bukan boss. Mereka fasilitator.
Mereka bantu anda buat keputusan, bukan paksa ikut cara mereka semata-mata.

✅ Semasa sesi awal, lihat cara mereka tanya soalan
✅ Adakah mereka dengar dengan teliti? Atau terus beri “template” sama?

4. Cari Yang Fokus Pada Proses, Bukan Janji Bulan Bintang

Kalau awal-awal dah janji:

“Sales anda akan naik RM100K dalam 30 hari!” – hati-hati.

Konsultan yang matang akan:

  • Faham bisnes anda dulu

  • Audit proses

  • Bina strategi ikut kekuatan anda

  • Tunjuk result secara berperingkat

Konsultan bukan ahli sihir. Tapi mereka bantu anda bina strategi realistik.

5. Uji Dengan Sesi Kecil Sebelum Komitmen Besar

✅ Minta sesi discovery dulu
✅ Atau sertai kelas pendek/masterclass mereka
✅ Tengok keserasian, komunikasi & cara mereka beri input

Kalau dari awal pun anda rasa tak yakin, mungkin bukan rezeki anda dengan mereka.

Konsultan Yang Betul Boleh Ubah Bisnes Anda Tapi Pilihlah Dengan Bijak

Saya percaya…

“Konsultan yang baik bukan yang tahu semua tapi yang bantu anda kenal potensi diri dan bisnes sendiri.”

Ambil masa untuk pilih.

Jangan terikut hype.

Dan bila dah jumpa yang betul  hargai mereka, buka minda, dan bersedia untuk naik level baru dalam bisnes anda.

Ikhlas,

Raja Safuan

p/s: Anda Perlukan konsultan bisnes terbaik dan business coach Malaysia? Klik Sini

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top