Ramai founder terlalu sibuk cari pelanggan baru setiap bulan. Tapi ramai juga tak sedar, mereka sebenarnya dah ada ‘harta karun’ dalam tangan sendiri.
Ya! Database pelanggan anda.
Kalau anda ada:
-
Senarai nombor pelanggan
-
Senarai emel
-
Kontak WhatsApp
-
Data pembeli sebelum ni
…anda dah ada aset yang cukup besar untuk buat jualan berulang tanpa perlu beli iklan baru.
Dalam artikel ini, saya akan tunjuk strategi guna database pelanggan untuk naikkan jualan dengan kos minimum.
1. Kumpulkan & Kemas Kini Database Anda
Langkah pertama pastikan anda betul-betul simpan data pelanggan.
✅ No telefon
✅ Nama
✅ Apa yang mereka beli
✅ Tarikh pembelian
✅ Status follow-up (minat, pending, repeat)
Gunakan tools seperti:
-
Google Sheet
-
Notion
-
CRM percuma (contoh: Hubspot, Airtable)
Bila data teratur, anda boleh rancang mesej ikut kategori.
2. Segmentasikan Pelanggan Mengikut Kategori
Bukan semua pelanggan sama. Bahagikan kepada:
✅ Pelanggan baru
✅ Pelanggan belum beli
✅ Pelanggan setia (repeat buyer)
✅ Pelanggan yang dah lama senyap
Contoh tindakan:
-
Pelanggan baru → bagi hadiah kecil + ucapan
-
Repeat buyer → bagi reward & upsell
-
Yang senyap → bagi diskaun khas atau tanya kabar
Bila mesej ikut segmen, pelanggan rasa dihargai & personal bukan sekadar “blast.”
3. Gunakan WhatsApp Broadcast Dengan Skrip Nurture
Tak semua mesej perlu terus “nak beli tak?”
Gunakan sistem nurture:
Hari 1: Ucapan & tips
Hari 3: Testimoni & manfaat produk
Hari 5: Promosi khas untuk mereka sahaja
Gunakan WhatsApp Business dengan Label + Broadcast.
Tak spam, tapi engage.
4. Hantar Emel Marketing Yang Bernilai
Kalau anda ada emel pelanggan, jangan biar ia sepi.
✅ Hantar tips berguna
✅ Update produk baru
✅ Bagi tawaran eksklusif
✅ Cerita kisah inspirasi pelanggan
Guna tools seperti MailerLite, Brevo atau Mailchimp (free).
Set automasi untuk berjalan sendiri setiap minggu.
Emel bukan mati ia masih berkesan kalau mesej anda relevan.
5. Bina Referral Program Untuk Ajak Kawan
Pelanggan lama boleh jadi ejen senyap anda.
Contoh:
“Ajak 3 kawan, anda dapat produk percuma.”
“Setiap kali kawan beli, anda dapat cashback.”
Bila mereka suka servis anda, mereka akan bantu promosi tanpa anda perlu boost iklan.
6. Gunakan Survey & Feedback Untuk Jualan Baru
Tanya pelanggan:
-
Apa cabaran mereka sekarang?
-
Apa produk yang mereka nak?
-
Apa yang mereka paling suka tentang servis anda?
Guna Google Form atau WhatsApp poll.
Dari jawapan mereka, anda boleh tawarkan produk baru yang mereka memang nak beli.
Jangan Kejar Pelanggan Baru Sampai Lupa Yang Lama
Saya percaya…
“Ramai bisnes kejar trafik baru, tapi yang grow cepat adalah bisnes yang jaga pelanggan lama dengan sistem.”
Jualan yang konsisten datang daripada pelanggan yang percaya.
Dan pelanggan percaya bila kita tak lupakan mereka selepas mereka bayar.
Dapatkan Growth Hack Strategist Consultant & Digital Marketing Services di www.lejenisback.com
