Saya pernah jumpa beberapa usahawan…
Modal dah ada, produk dah siap, dan mereka yakin “kalau ada website, bisnes akan terus meletup.”
Tapi realitinya?
✅ Ada yang website tak siap-siap
✅ Ada yang bayar mahal tapi dapat web kosong
✅ Ada yang langsung tak tahu apa yang perlu ditanya
Sebab tu penting untuk anda tahu apa yang perlu disemak dan ditanya sebelum anda upah sesiapa buat website.
1. Tentukan Matlamat Website Anda
Sebelum cari designer, tanya diri dulu:
-
Website ni untuk jual produk ke? (e-commerce)
-
Untuk tunjuk servis dan portfolio? (landing page / profile site)
-
Atau untuk kumpul leads dan database pelanggan?
Bila matlamat jelas, lebih mudah nak tahu jenis web & bajet yang sesuai.
2. Semak Portfolio & Website Mereka Sendiri
Orang yang buat website web dia sendiri pun mesti padu.
✅ Mesti ada contoh hasil kerja
✅ Design bersih, loading laju
✅ Struktur logik & mudah faham
“Kalau website dia sendiri pun serabut… apa jaminan web anda nanti ok?”
3. Faham Apa Yang Termasuk Dalam Pakej
Jangan terima ayat umum macam:
-
“Nanti saya siapkan semua.”
-
“Web ni basic je, cukup dah…”
Tanya detail:
-
Berapa muka surat?
-
Termasuk content ke?
-
Ada sistem bayaran online?
-
Mobile responsive?
-
Termasuk SEO basic?
✅ Minta dokumen rasmi / scope of work
4. Tahu Platform Apa Yang Akan Digunakan
Tanya:
“Website saya akan dibina guna platform apa?”
Contoh jawapan:
-
WordPress + Elementor → fleksibel & jimat
-
Shopify → untuk e-commerce yang serious
-
Webflow → design moden, kos tinggi
-
Wix / Squarespace → mudah guna, tapi agak terhad
Pilih ikut bajet dan jangka panjang.
5. Minta Akses & Ownership Website
JANGAN lupa:
✅ Anda mesti ada akses penuh ke:
-
Dashboard web
-
Domain & hosting
-
Email yang digunakan
-
Page editor (jika guna builder)
Jangan jadi “tawanan digital” bila semua dipegang developer dan anda tak boleh ubah apa-apa.
6. Pastikan Ada Support Selepas Website Siap
Bila website dah siap, biasanya akan ada:
-
Error loading
-
Nak tukar gambar
-
Nak update konten
Tanya:
“Ada support ke selepas siap? Berapa lama?”
Biasanya 30–60 hari support percuma lepas launch adalah standard.
7. Tetapkan Timeline Realistik
Elak janji “siap dalam 3 hari” kecuali kalau guna template terus.
Website yang kemas perlukan:
-
Rangka (wireframe)
-
Design
-
Isi konten
-
Testing
-
Review & deploy
✅ Buat perjanjian atau milestone bertulis
Website Bukan Sekadar Cantik Tapi Mesti Berfungsi
Saya percaya…
“Website yang baik bukan hanya nampak lawa tapi bantu anda close lebih banyak pelanggan, jimat lebih banyak masa, dan bina lebih banyak kepercayaan.”
Jangan tergesa-gesa.
Gunakan checklist ini sebelum anda upah sesiapa buat website, supaya pelaburan anda berbaloi dan tahan lama.
Dapatkan Growth Hack Strategist bersama Raja Safuan dan servis digital di www.lejenisback.com
