Kerjasama Didalam Bisnes

Tahun 2023 adalah tahun yang dijangka ekonomi akan berada pada fasa yang agak lembab. Ini tidak bermakna tiada berlaku jual beli. InsyaAllah jual beli tetap akan berlaku, jika tidak ekonomi akan stuck. Bukan nak takutkan tetapi itu adalah realiti ekonomi dunia.
.
Kita sedang diuji. Segalanya ada tertulis namun sejauh mana kita dapat menempuhnya adalah sejauh mana kita bergantung kepada Allah S.W.T. Usaha tetap berusaha namun segalanya kita berserah.
.
Ramai yang mengatakan tahun 2023 adalah tahun bekerjasama. Kerjasama nie sebenarnya adalah pelbagai bentuk. Ianya bergantung kepada bagaimana bentuk kerjasama yang anda ingin lakukan.
.
Disini saya nak share beberapa tips kerjasama bagaimana saya dapat bekerjasama dengan brand2 besar dan beberapa insan berpengaruh.
.
1) SIAPA YANG ANDA INGIN KERJASAMA?
List downkan dengan siapa yang anda ingin kerjasama. Kerjasama pula berbentuk bagaimana. Sebagai contoh, anda jual produk digital. Anda perlukan kerjasama ramai orang untuk bantu promosikan produk anda. Setiap jualan, anda akan berikan komisyen.
.
2) PROPOSE
Setelah anda tahu siapa yang anda ingin kerjasama. Maka sekarang adalah untuk gerak kerja ke arah proposal. Usah terus merasa rendah diri jika orang yang anda rasa nak kerjasama tue lebih hebat dari anda. Buat satu bentuk proposal yang details. Cari cara untuk menghubungi mereka atau bagaimana cara untuk menyatakan hasrat kerjasama anda itu. Maybe contact dia melalui email, FB, IG, berjumpa ataupun berjumpa. Jangan lupa untuk memberi salam dan memperkenalkan diri anda serta hasrat kerjasama anda. Usah gelojoh terus bagi proposal tanpa memberi salam dan tidak memperkenalkan diri anda.
.
3) SABAR
Jika beliau tidak respon, jangan terus mengalah dan cari jalan untuk beliau baca. Jika didapati baca, tetapi tidak balas, jangan khuatir sebaliknya anda terus propose orang lain. Jika beliau reply tetapi lambat respon, jangan berhenti usaha buat sampai jadi. Kita kena ingat, Allah S.W.T akan izinkan segalanya jadi pada waktu yang tepat. Namun apabila ia tidak mengizinkan sampai nafas kita terakhir, pasti ada hikmah yang disampaikan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *