Kesilapan Usahawan Tidak Mahu Memiliki Laman Web Untuk Perniagaan

Anda seorang usahawan tetapi masih tiada website? Rugi sebenarnya kerana jika betul caranya, website anda mampu membawa banyak manfaat kepada perniagaan anda.

Mengapa Ramai Tidak Rasa Penting Untuk Memiliki Website?

  1.  Terlalu bergantung pada media sosial.

Perkembangan teknologi media sosial telah membolehkan ramai usahawan menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan mudah dan mendapat pulangan yang lumayan. Mungkin kerana itu, website dianggap tidak penting. Namun ramai yang tidak tahu bahawa dengan adanya website, bebanan kerja dapat dikurangkan. Bayangkan anda mendapat 100 prospek yang memerlukan penerangan anda sebelum membeli produk anda. Maka anda terpaksalah copy & paste 100 kali dan perlu memantau pada respon prospek anda itu.

Itu belum lagi proses nak menyemak dan mengesahkan pembayaran. Ada yang mengambil kesempatan memalsukan resit dan jika tidak berhati-hati, maka berjaya si scammer tersebut mendapat barangan kita secara percuma. Ini boleh dielakkan jika anda mempunya website yang diintegrasikan dengan payment gateway. Payment gateway akan mengesahkan pembayaran dan menghantar notifikasi kepada anda semasa pelanggan anda membeli dari website anda.

Jika anda mempunyai website, anda hanya perlu menghantar mereka ke website anda yang telah pun mempunyai penerangan mengenai produk anda dan mereka yang berminat boleh menempah dan membayar melalui payment gateway. Bukankah cara ini lebih mudah dan selamat bagi anda?

  1. Tidak tahu jenis website apa yang perlu landing page/salespage

Ada juga sesetengah usahawan yang menempah website yang lain fungsinya lain dari apa yang sebenarnya diperlukan. Contohnya, menempah pakej company profile tatapi mengharapkan jualan yang banyak. Sepatutnya, laman web jualan atau salespage yang perlu dibuat untuk mendapatkan jualan. Berbeza dengan company profile, penulisan atau copywriting dan kandungan di salespage amat berbeza dengan apa yang ada di website jenis company profile.

  1. Pernah ada website tetapi tidak membawa traffik kepada website tersebut.

Ada pun kes usahawan-usahawan yang menempah laman web salespage, namun tidak ada usaha untuk mempromosikan laman tersebut. Akibatnya sedikit atau langsung tidak ada jualan yang masuk melalu website tersebut. Bila ini berlaku, website dianggap tidak berkesan dan apabila tiba tempoh masa untuk memperbaharui domain dan hosting, mereka tidak mahu meneruskan website tersebut.

Sepatutnya, bila ada website buatlah pemasaran supaya dapat halakan traffik daripada media sosial ke laman web tersebut supaya pengunjung melihat dan berinteraksi di website tersebut. Dalam jangka masa panjang, ini boleh menaikkan rangking di carian Google.

  1. Tidak tahu kepentingan mempunyai website rasmi.

Ramai founder tidak mempunyai website rasmi kerana tidak tahu kepentingannya pada perniagaan yang sedang dijalankan. Bayangkan prospek melakukan carian di Google tetapi anda tidak mempunyai website rasmi. Jika prospek tersebut ingin menawarkan projek besar, maka mungkin projek besar tersebut akan dimiliki oleh orang lain apabila dia menjumpai website orang lain ketika mencari di Google.

  1. Tidak ada staff yang handle website.

Ini perkara biasa berlaku apabila tiada staf yang mempunyai pengetahuan teknikal atau ada juga kes dimana staff tidak mahu belajar untuk menguruskan laman web yang telah siap.

Ini merugikan syarikat kerana telah mengeluarkan kos untuk membuat website tetapi akhirnya tidak digunakan. Potensi untuk website tersebut memberikan manfaat akhirnya disia-siakan. Akhirnya, pemilik website tersebut tidak diperbaharui domain dan hosting kerana merasakan website tidak dapat membantu perniagaannya, sedangkan masalah pengurusan yang menjadi punca pada kesilapan ini.

  1. Tidak mahu mendapatkan database pelanggan

Dalam perniagaan amatlah penting untuk mendapatkan prospek dan database pelanggan seperti nama, no telefon dan email. Ini kerana kita boleh melakukan pemasaran untuk mendapatkan jualan daripada prospek dan pembelian berulang dari pelanggan yang sedia ada. Untuk mendapatkan database, website jenis landing page biasa digunakan.

Ramai yang menyangka pentingnya mendapatkan follower supaya boleh mendapat jualan. Rata-rata tahu ini dipanggil “kolam” dan semakin ramai yang mengumpul follower di platform social media dan ada yang halakan ke telegram atau Whatsapp sebelum melakukan pemasaran di telegram. Teknik ini tidak salah. Tetapi tidak boleh dianggap sebagai mendapatkan database, sebaliknya konsep ini lebih pada konsep memenuhkan “kolam”.

Jika anda benar-benar dapat mengumpulkan nama, no telefon, email dan lain-lain butiran yang berkaitan, barulah dipanggil database. Ingat, follower boleh hilang sekelip mata, misalnya digantung dari pada media social, tetapi database anda biasanya anda boleh simpan datanya. Itulah beza “kolam” dan database.

  1. Sudah selesa menumpang di laman ecommerce lain.

Tidak dinafikan banyak platform ecommerce yang meriah dengan prospek dan menguntungkan. Namun, jika berlaku perubahan polisi, seperti yuran atau royalti dinaikkan, maka anda terpaksa menanggung bebanannya.

Satu lagi kekurangan paltform yang dikongsikan bersama penjual lain adalah anda mengalami “kebocoran trafik” dimana ini berlaku apabila anda promosikan produk anda ke laman ecommerce tersebut namun prospek anda ingin melihat produk lain yang sama atau hampir sama dari pesaing anda. Bukankah anda telah membantu pesaing anda secara percuma?

Berbeza dengan laman ecommerce sendiri. Semua produk yang diletakkan adalah produk anda sendiri dan tidak mungkin berlaku “kebocoran trafik” seperti yang telah dijelaskan tadi.

Penutup

Anda sebagai pemilik perniagaan perlulah memenfaatkan kelebihan website dalam membantu perniagaan anda. Dengan penerangan tadi, segala risiko yang telah dibincangkan tadi boleh dikurangkan dengan adanya website milik anda sendiri.

Oleh itu anda perlulah mendapatkan informasi yang tepat untuk menentukan jenis website manakah yang anda patut dapatkan untuk membantu perniagaan anda.

Semoga artikel ini dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk mempertimbangkan sama ada anda memerlukan website atau tidak untuk bisnes anda.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *