Tips Buat Bermula Online Branding

Tips permulaan membuat online branding.
Apabila memulakan bisnes online, selain pemasaran, penjenamaan atau branding adalah penting.
Bisnes yang baru didaftarkan perlulah diberikan nama yang baik. Sebab itulah ilmu asas penjenamaan ini penting. Lihat contoh yang menunjukkan pemilik bisnes tidak mempunyai ilmu asas penjenamaan.
Nama didafaftarkan di SSM: Bisnes Wadi Enterprise
Nama FB page: Wadi Kaya Jual Bantal
Nama Instagram: Bantal Sedap Punya
Nama di cop bulat: Jom Beli Bantal Sedap
Nama di Tiktok: Wadi Jual Bantal Sedap
Nama website: bantalsedap.com
Ini contoh dimana Adi ingin menjual bantal, tetapi menggunakan pelbagai variasi nama di website dan saluaran socmed.
Sepatutnya Adi perlu menyeragamkan nama biar semuanya sama atau hampir sama dan meletakkan nama unik untuk didaftarkan di SSM, saluran socmed dan juga website.
Misalnya, nama unik “Pillowadi” digunakan untuk semua saluran socmed dan juga nama website.
Jadi barulah semuanya teratur dan nampak exclusif. Followers pun faham nama brand ini. Nak pun mudah.

Leave a Comment

Your email address will not be published.