Apa Itu TikTok Live & Bagaimana Gunakannya Untuk Close Sales

Saya pernah tonton satu TikTok Live.

Owner dia duduk bersila depan kamera.
Tak ada lighting canggih. Tak ada skrip.
Tapi satu jam je 76 unit produk habis dijual depan mata.

Itulah kuasa TikTok Live.

Bukan hanya tempat sembang santai tapi ruang untuk close sale secara real-time, sambil bina trust pelanggan.

Kalau anda masih belum guna TikTok Live untuk bisnes, artikel ini akan bantu anda mula dengan cara yang praktikal, mesra usahawan kecil, dan boleh buat tanpa bajet besar.

1. Apa Itu TikTok Live?

TikTok Live ialah siaran langsung dalam aplikasi TikTok yang membolehkan anda:

✅ Berinteraksi secara terus dengan penonton
✅ Tunjuk produk & jawab soalan pelanggan secara live
✅ Buat demo, unboxing atau closing terus ke TikTok Shop

Syarat:

  • Akaun anda perlu ada sekurang-kurangnya 1000 followers

  • Umur 18 tahun ke atas

  • Mesti aktif & tidak melanggar garis panduan TikTok

2. Kenapa TikTok Live Berkesan Untuk Jualan?

TikTok Live berkesan sebab:

Trust tinggi – pelanggan nampak muka anda, dengar suara anda, dan tengok produk sebenar
Interaksi 2 hala – anda boleh jawab soalan & respon terus, bukan macam iklan biasa
Urgensi & FOMO – boleh buat tawaran masa terhad, atau batch khas untuk penonton live

Contoh:

“Siapa order dalam live ni, saya bagi free postage + 1 sample extra. DM nanti tak dapat ya.”

3. Apa Boleh Anda Buat Dalam TikTok Live?

✅ Tunjuk cara guna produk
✅ Cerita kisah disebalik jenama
✅ Baca soalan & review pelanggan
✅ Demo “Before & After”
✅ Buat countdown & last call promo

Yang penting: jangan biar live tu jadi sunyi dan krik krik.

4. Tips & Skrip Untuk TikTok Live Yang Close Sales

Sebelum Live:

  • Sediakan produk siap-siap

  • Letak lighting ringkas (guna cahaya tingkap pun boleh)

  • Pin produk TikTok Shop di bawah skrin

Semasa Live:

  • Mula dengan ayat tarik perhatian:

“Ramai tanya sabun ni sesuai tak untuk baby eczema saya tunjuk sekarang ya…”

  • Baca nama penonton: “Hai Kak Aida, terima kasih join!”

  • Ulang call-to-action setiap 3–5 minit:

“Nak order? Klik je link bawah ni, saya packing hari ni juga.”

Selepas Live:

  • Ucap terima kasih

  • Tunjuk jumlah yang sold out

  • Minta mereka follow atau join live seterusnya

5. Berapa Lama Nak Live?

⏱️ Minimum 30 minit untuk algoritma tolak lebih ramai penonton
⏱️ Waktu terbaik: malam (8–10 malam) atau waktu lunch (12–2 petang)
⏱️ Jangan risau kalau penonton slow di awal stay dan teruskan, biasanya view naik selepas 10 minit

TikTok Live Bukan Kena Pandai Cakap, Tapi Kena Berani Mula

Saya percaya…

“Orang tak beli sebab produk je. Tapi sebab mereka percaya siapa yang jual.”

TikTok Live ialah peluang untuk muncul depan pelanggan, secara jujur & bersahaja, dan close mereka satu per satu tanpa kos iklan tinggi.

Jangan tunggu perfect.
Live hari ni juga.
Biar pelanggan kenal siapa anda, dan kenapa mereka patut beli dengan anda.

Dapatkan Growth Hack Strategist bersama Raja Safuan dan servis digital di www.lejenisback.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

gamdomCasibomJojobet Girişmarsbahis girişGrandpashabet Giriş