Apa Beza Landing Page, Sales Page dan E-commerce?

Saya pernah keliru dulu…

Bila mentor saya cakap:

“Kalau nak iklan perform, guna landing page.”
Atau:
“Kalau nak close high-ticket item, guna sales page.”

Dan bila nak buat website pula, ada pula yang cadangkan e-commerce.

Jadi apa sebenarnya beza antara tiga ni?

Hari ini saya nak kongsikan dengan bahasa paling mudah, apa beza antara Landing Page, Sales Page dan E-commerce — supaya anda sebagai usahawan tak tersilap pilih platform bila nak jual produk atau servis.

1. Landing Page – Ajak Pelanggan Buat SATU Tindakan Spesifik

Waktu mula-mula saya buat iklan, saya guna Facebook Ads → link terus ke WhatsApp.

Tapi lepas saya belajar buat landing page, result iklan jadi lebih fokus dan conversion meningkat.

Apa itu Landing Page?

Landing page adalah satu laman web ringkas, yang direka khas untuk satu tujuan sahaja.

Contoh:

  • Nak pelanggan daftar kelas percuma

  • Nak mereka klik ke WhatsApp

  • Nak mereka download ebook

Ciri-ciri utama:

✅ Satu muka surat (single page)
✅ Headline yang pikat
✅ Info ringkas & padat
✅ Butang tindakan (CTA) jelas

2. Sales Page – Laman Jualan Untuk Terangkan & Yakinkan Pelanggan

Bila saya jual produk digital, saya guna sales page.

Kenapa?

Sebab pelanggan perlu diyakinkan dulu. Mereka perlu baca masalah, lihat solusi, nampak testimoni, baru berani beli.

Apa itu Sales Page?

Sales page ialah satu laman web panjang dan lengkap, yang tugasnya ialah untuk:

  • Terangkan masalah

  • Cerita manfaat produk/servis

  • Tunjuk testimoni & bukti sosial

  • Tawarkan bonus & jaminan

  • Tutup jualan (close)

Ciri-ciri utama:

✅ Panjang (long form)
✅ Gaya storytelling + persuasi
✅ Ada flow dari atas sampai akhir
✅ Ada call to action (beli sekarang, daftar sekarang)

3. E-commerce – Kedai Online Yang Sistematik & Otomatik

Kalau anda jual banyak produk fizikal seperti skincare, makanan, pakaian, atau gadget — platform e-commerce adalah pilihan terbaik.

Saya sendiri pernah setup website e-commerce untuk jual produk kesihatan. Segalanya automatik — dari order, bayaran, invois, hingga ke tracking penghantaran.

Apa itu E-commerce?

E-commerce ialah laman web lengkap yang berfungsi seperti pasaraya online.

Pelanggan boleh:

  • Lihat banyak produk

  • Masukkan dalam troli

  • Bayar guna payment gateway

  • Terima emel pengesahan & tracking

Ciri-ciri utama:

✅ Banyak produk
✅ Ada sistem checkout & troli
✅ Urus stok, pelanggan & pembayaran
✅ Sesuai untuk bisnes fizikal yang nak scale

Jadual Ringkas: Apa Bezanya?

Jenis Fungsi Utama Sesuai Untuk
Landing Page Dapatkan tindakan cepat (klik/daftar) Iklan FB/IG, free ebook, WhatsApp funnel
Sales Page Yakinkan & close satu produk/servis Produk digital, coaching, kursus
E-commerce Urus banyak produk & jual automatik Produk fizikal pelbagai, bisnes retail online

Gunakan Platform Yang Betul, Untuk Hasil Yang Lebih Berbaloi

Saya belajar satu perkara penting sebagai usahawan digital:

Bukan semua platform sesuai untuk semua jenis produk. Tapi bila kita guna platform yang betul — closing jadi lebih mudah, pelanggan lebih yakin, dan kita sendiri lebih tenang urus bisnes.

Kalau anda baru nak mula, cadangan saya:

  • Nak kumpul leads ➤ Landing Page

  • Nak jual produk digital ➤ Sales Page

  • Nak sistem urus banyak produk ➤ E-commerce

Dan bila semua ni digabungkan dengan AI & automasi, barulah bisnes kita boleh scale tanpa burn out.

Ikhlas,
Raja Safuan

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top