Cara Naikkan Pelajar Akademi Anda Tanpa Perlu Bergantung Pada Diskaun

Ramai pengusaha akademi tertumpu kepada satu cara nak tambah pelajar:

“Turunkan harga atau buat promosi yuran.”

Tapi sebenarnya yang ibu bapa cari bukan murah, tapi BERBALOI.

Mereka nak tahu:

  • Anak mereka selamat?

  • Belajar sesuatu yang berkembang?

  • Dapat result?

Dalam artikel ini saya akan kongsikan strategi yang terbukti berkesan untuk naikkan pelajar akademi anda tanpa perlu jual murah atau nampak desperate.

1. Kenal Siapa Target Market Sebenar Anda

Akademi anda untuk siapa?

✅ Anak 4–6 tahun = ibu bapa muda
✅ Pelajar UPSR/SPM = mak ayah yang fokus akademik
✅ Akademi bola = ayah yang minat sukan
✅ Akademi muzik = ibu bapa moden & kreatif

Bila tahu siapa target sebenar, lebih mudah susun konten dan ayat iklan.

2. Tunjuk Proses, Bukan Hanya Result

Ramai akademi tunjuk “sebelum & selepas”. Tapi ibu bapa nak tengok:

  • Suasana kelas

  • Cara cikgu berinteraksi

  • Anak gembira belajar

Gambar dan video aktiviti mingguan sangat powerful. Bukan untuk viral tapi bina kepercayaan.

3. Guna Testimoni Berstruktur

Testimoni bukan hanya “Terbaik!” atau “Anak saya seronok…”

Strukturkan macam ni:

“Dulu anak saya [masalah/keadaan]. Tapi lepas masuk akademi ni, dia [perubahan]. Saya sendiri nampak dia lebih [positif/perkembangan].”

Video testimoni + caption = konten high-convert untuk iklan.

4. Run Iklan Dengan Hook Yang ‘Mak Ayah’ Suka Klik

Contoh hook iklan:

“Anak suka main bola tapi tak fokus di sekolah?”
“Nak anak belajar coding tanpa rasa stress?”
“Akademi khas untuk anak kecil yang pemalu…”

✅ Gunakan FB Ads atau IG Ads dengan CTA terus ke WhatsApp atau Google Form

5. Ada Website / Landing Page Yang Mudah Difahami

Jangan hanya letak gambar & harga.

Pastikan ada:

  • Siapa anda & pengalaman

  • Apa anak akan belajar

  • Hari & masa kelas

  • Lokasi & umur yang sesuai

  • Testimoni

  • Gambar & video

  • Butang daftar / WhatsApp

1 link untuk semua jawapan = kurang soalan = lebih mudah close.

6. Tawarkan Slot Percubaan / Walk-in Session

Bagi peluang mak ayah tengok dulu.

✅ Trial kelas percuma (tapi hadkan tempat)
✅ Bagi baju jersey / starter kit untuk mereka rasa lebih eksklusif
✅ Guna sesi percubaan untuk tunjuk nilai sebenar

7. Kekalkan Hubungan Dengan Ibu Bapa Pelajar Sedia Ada

Mereka ini ejen promosi percuma anda.

✅ Buat WhatsApp Group kemas kini
✅ Tunjuk progress anak mereka
✅ Minta share review dan gambar ke sosial media

“Anak enjoy = mak ayah cerita = kawan mereka daftar.”

Akademi Yang Nampak Aktif, Akan Ditarik Perhatian

Saya percaya…

“Orang tak akan percaya akademi yang diam.”

Kalau anda tak tunjuk aktiviti, tak jaga konten orang anggap tiada perkembangan.

Tapi bila anda aktif di media sosial, jaga database, run iklan dan bina sistem pendaftaran pelajar akan datang sendiri. Dengan izin Allah.

Dapatkan Growth Hack Strategist Consultant & Digital Marketing Services di www.lejenisback.com

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top