Ramai pemilik klinik, terutamanya klinik swasta atau estetik, sering bertanya: “Macam mana nak letopkan sales klinik kami? Ramai lalu depan klinik, tapi tak ramai masuk.”
Kawan-kawan, kita kena faham satu perkara utama dalam bisnes, iaitu pelanggan hari ini semakin bijak. Mereka takkan terus masuk dan buat rawatan semata-mata kerana banner besar atau billboard semata-mata. Mereka perlukan sesuatu yang dipanggil “customer journey” yang terancang.
Sini saya nak kongsi bagaimana saya gunakan funnel marketing untuk bantu beberapa klinik letopkan sales mereka.
Apa Itu Funnel Marketing?
Senang cerita, funnel marketing ini ibarat laluan yang kita sediakan untuk pelanggan, dari mereka ‘tak kenal’ langsung kepada akhirnya jadi pelanggan setia.
Dalam konteks klinik, funnel marketing ini sangat sesuai sebab servis kesihatan memerlukan ‘trust’ yang tinggi. Orang takkan buat scaling gigi, facial, atau rawatan darah tinggi begitu saja. Mereka akan survey, kaji harga, tengok testimoni, dan cari siapa doktor.
Jadi funnel kita mesti halus, tersusun dan ada strategi.
1) Fasa Awareness – Orang Tak Kenal, Kita Kena Kenalkan
Ramai pemilik klinik terlalu fokus pada fasa ‘jualan’, terus nak bagi harga promosi dan suruh orang datang. Tapi orang luar belum kenal siapa kita, siapa doktor, dan kenapa perlu pilih kita berbanding klinik lain.
Jadi di fasa awareness ni, kita perlu tarik perhatian orang dengan content marketing seperti:
- Video pendek edukasi dari doktor sendiri (contoh: “5 tanda tekanan darah tinggi yang ramai abaikan”)
- Post di FB/IG tentang tips kesihatan ringan
- Artikel di blog atau website klinik
- Guna iklan berbayar seperti Facebook Ads dengan tujuan reach dan brand awareness
Jangan risau jika di fasa ini orang tak terus beli. Kita nak mereka kenal dulu. Dalam funnel, ini adalah “top of funnel” yang sangat penting.
2) Fasa Interest & Consideration – Bina Kepercayaan
Lepas orang mula kenal, kita perlu jaga minat mereka. Klinik bukan macam jual nasi lemak, orang nak datang kena ada sebab.
Di sini, kita boleh:
- Retargeting ads: Iklan semula pada orang yang pernah like, komen, atau lawat website.
- Testimoni: Paparkan testimoni real dari pesakit yang dah datang.
- Case study: Kongsikan kisah kejayaan pesakit, contohnya “Pn A berjaya turunkan kolesterol selepas 3 bulan rawatan di Klinik XYZ”.
- Edu-Webinar / Live: Buat sesi live bersama doktor, terangkan isu kesihatan yang selalu orang hadapi.
Di fasa ini kita bina kepercayaan, supaya bila mereka fikir nak buat rawatan, nama klinik kita yang akan terlintas dulu.
3) Fasa Decision – Masa Untuk Close Sale
Sekarang prospek dah kenal dan percaya. Apa yang perlu kita buat? Pastikan mereka ada tawaran khusus untuk buat keputusan.
Contoh:
- Offer limited-time promo: “Percuma konsultasi untuk 30 orang pertama bulan ini”
- Booking mudah: Link WhatsApp terus ke admin untuk tempahan
- Follow-up sistematik: Pastikan admin follow-up mereka yang tanya-tanya tapi belum booking.
Jangan lupa untuk buat mereka rasa special. Kadang pelanggan ni perlu diingatkan, perlu rasa ‘urgency’ untuk bertindak.
4) Fasa Loyalty – Jaga Relationship
Ramai pemilik klinik lepas dapat pelanggan, dah jarang engage. Sedangkan kos untuk dapatkan pelanggan baru lebih mahal dari menjaga pelanggan lama.
Buatlah follow-up lepas rawatan, offer health tips secara berkala, beri kad diskaun untuk next treatment, atau bina satu komuniti WhatsApp untuk pelanggan tetap.
Ini semua adalah fasa loyalty yang bantu anda bina pelanggan setia dan referral baru.
Klinik yang bijak hari ini tak boleh harap walk-in semata-mata. Kena ada funnel marketing yang tersusun, sebab pelanggan nak kenal dulu, baru beli. Kalau kita faham dan aplikasikan funnel ini, insyaAllah sales klinik boleh letop, dan brand klinik akan lebih dipercayai.
Ingat, rezeki itu datang dari Allah, kita hanya berusaha dengan strategi yang betul. Funnel marketing ini hanyalah salah satu asbab. Yang penting, usaha dan doa jalan seiring.
Jadi, kawan-kawan pemilik klinik, cuba tanya diri:
- Klinik anda ada tak funnel ni?
- Dah buat ke awareness content?
- Dah bina kepercayaan prospek sebelum offer?
Kalau belum, sekarang masa untuk mulakan!
