Payment Gateway Di Malaysia? Ini Yang Anda Wajib Tau

Sudah ada payment gateway?
Payment gateway adalah platform yang membolehkan kita menerima pembayaran dari pelanggan dari pelbagai jenis bank dan juga kad debit/kredit. Ini memudahkan pelanggan membuat pembayaran untuk membeli dengan anda.
Cara memilih payment gateway yang sesuai untuk anda..
Banyak payment gateway diluar sana tapi manakah yang sesuai? Ini panduan ringkas aspek yang patut anda pertimbangkan:
1. Caj transaksi. Kebiasaannya caj tidak melebihi RM2 per transaksi. Namun ada yang caj mengikut peratusan keseluruhan transaksi.
2. Kad debit/kredit. Ada yang memerlukan anda upgrade ke pakej yang lebih advance untuk terima pembayaran dari kredit/debit kad.
3. Tempoh bank in. Ada yang mengambil masa sehari untuk anda menerima transaksi yang berjaya, manakala ada yang sampai seminggu.
4. Penggunaan pada website anda. Ada yang hadkan 1 sahaja manakala ada yang tidak hadkan untuk anda gunakan pada semua website anda.
5. Integrasi dengan website. Kebanyakkan website sekarang menggunakan website yang menggunakan plugin woocommerce untuk ecommerce. Jadi anda perlu pastikan terdapat plugin yang boleh integrasi atau pun tidak dengan woocommerce.
Perlukan website? Kami sediakan A to Z termasuklah integrasi dengan payment gateway yang sesuai untuk anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *