Mark Zuckerberg pecat 11 ribu orang pekerja?

Ramai terkejut apabila pemilik FB, Mark Zuckerberg terpaksa memecat 11,000 pekerja beliau. Sebelum itu berita digemparkan dengan pemecatan hampir separuh pekerja twitter oleh pemilik baru twitter iaitu Elon Musk.
.
Ini terjadi kerana beberapa kemungkinan yang telah berlaku.
.
CUT COST
Kos syarikat meningkat terlalu tinggi. Mungkin anda merasakan bahawa gaji masih dibayar sama. Tetapi kos meningkat, boleh jadi terletak pada kos elektrik, kos claim OT, kos medikal (Biasa syarikat besar cover) dan kos2 lain lagi. Tetapi efficiency masih ditahap yang sama. Lebih parah apabila staff yang ramai tetapi tahap jualan sama seperti jumlah staff yang sedikit.
.
CUT LOSS
Data menunjukkan bahawa saban bulan, kerugian yang semakin parah. Bila kerugian yang semakin parah, kita mesti cepat2 cut loss. Sebelum keadaan menjadi lebih kritikal. Kos2 yang rasa kita boleh kurangkan, kita kena kurangkan. Semua ini terpaksa dilakukan kerana syarikat tidak mampu lagi menampung kos2 yang terlibat.
.
EFFICIENCY YANG MENURUN
Walaupun SOP sudah disediakan, planning yang dijalankan telah di execute, kadangkala berlaku “KONFLIK POLITIK” dalam sesebuah organisasi. Maka, akan berlaku banyak ‘miscommunication’ diantara mereka. Maka, terpaksa cantas mereka yang mempunyai attitude yang tidak bagus pada syarikat walaupun mereka sangat berbakat.
.
Cuba kita imbas kembali semasa berlaku ERA PKP. Pemilik bisnes terpaksa buat beberapa decision seperti diatas. Ada juga terpaksa potong gaji mereka untuk sementara waktu PKP.
.
Sebagai pemilik bisnes, kadangkala kita TERPAKSA membuat KEPUTUSAN DRASTIK demi syarikat walaupun kita tahu ianya seperti satu kerugian apabila kehilangan pekerja2 yang bagus. Tetapi kadangkala kita perlu telan kepahitan dan hadap segala pengorbanan demi kembali membina kejayaan.
.
Berundur sementara itu bukan bereti kita kalah, tetapi kita berundur untuk kita atur semula langkah kehadapan.
.
Ini hanyalah sedikit perkongsian dari perspektif saya.
.
Ikhlas,
Raja Safuan
.
p/s: Ads Manager tak boleh buka sementara waktu. Maybe pekerja yang biasa handle tu, tengah tidur sekarang nie kat rumah. Hihihi. Kita tunggu pekerja yang akan cover balik nanti. Bagi masa sikit untuk diaorang alignkan job of scope dan pasukan mereka.
.
Sementara tue platform2 lain pun ada kan..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *