Pilih Nama Domain

Teknik Pilih Nama Domain

Teknik Pilih Nama Domain Yang Berkesan

 

Domain atau nama website memainkan peranan penting dalam setiap branding. Jika kita baru bermula dalam perniagaan, jualan produk atau kita buat sesuatu perkhidmatan seperti agensi takaful, telco dan sebagainya maka perkara pertama yang kita perlu lakukan adalah ‘LOCK’ siap-siap nama domain kita sebelum orang lain kebas!

Sebagai contoh kita baru nak start berniaga sesuatu produk perkara yang perlu kita fikir adalah “Adakah kita berniaga ni long term atau short term”?

Jika seorang ejen maka kita kena tanya adakah kita ejen untuk satu produk sahaja atau banyak produk nanti?

Jadi bila dah tahu tujuan, kami sarankan untuk pilih nama domain seperti ini:

  1. Jika kita jual produk sebagai Ejen

Jangan pilih nama domain ikut nama brand produk tersebut. Sebagai contoh kalau jual produk coway jangan pilih nama domain seperti ejencowayterbaik[dot]com tapi pilih nama domain yang universal seperti penapisairbersih[dot]com.

Kenapa?

i) Sebab kita tak akan selama-lamanya jual brand tersebut. Mungkin satu hari nanti akan tukar kepada brand lain.

ii) Jika dah tak jadi ejen, boleh tukarkan domain tersebut kepada blog dan berkongsi tentang penapis air. Apply adsense dan jana duit melalui blog pula.

2. Jika buat servis

Gunakan nama kita sendiri sebagai domain. Kalau nama Ahmad Abu. Lock domain ahmadabu[dot]com terus. Jadikan nama sendiri sebagai personal branding. Kalau tak buat servis pun boleh je terus beli nama domain sendiri sebab nama kita sudah tentu unik. Kalau ada Facebook boleh redirect nama domain tersebut terus kepada profile facebook kita jika dah tak buat servis lagi.

Jika tak selesa guna nama sendiri, boleh guna teknik seperti no.1

3. Jika Jual Produk Sendiri

Sudah tentu pilih nama domain yang sama seperti nama brand. Jadi sebelum nak letak nama sesuatu brand tengok dulu sama ada nama domain dah diambil orang atau tidak. Sebab kalau dah letak nama brand tanpa buat carian terlebih dahulu tentang nama domain akan jadi masalah suatu hari nanti bila nak buat website atau kedai online.

Pilih Nama Domain Nak Kena Panjang ke Pendek?

Sebaiknya elak guna nama domain yang panjang dan susah disebut. Yang terbaik adalah 2 patah perkataan. Kita ambil contoh brand-brand besar yang ada.

  • Maxis (Ma-xis)
  • Celcom (Cel-com)
  • Digi (Di-gi)
  • Samsung (Sam-sung)
  • Asus (A-sus)

Jika kita selalu gunakan hashtag atau sudah jadikan keyword pengenalan kita membuatkan orang ramai kenal dengan keyword tersebut, maka boleh teruskan pilih nama domain tersebut walaupun panjang sedikit.

Kami harap anda mendapat sedikit pengetahuan tentang cara-cara pilih nama domain dengan artikel ini. Semoga bermanfaat. Mohon share dan komen jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *